Cari @ Amanz

Statistik mengejutkan diperlihatkan hari ini mengenai tempoh penggunaan peranti pintar seharian. Malaysia dianugerahkan tempat ketiga di belakang Amerika Syarikat dan Thailand. Dalam kajian yang dikeluarkan oleh  Informate Mobile Intelligence sepanjang Disember tahun lalu, warga Malaysia menghabiskan purata 3.3 jam sehari mengadap skrin peranti pintar mereka. Pengguna Amerika Syarikat mendapat tempat pertama dengan 4.7 jam dan Thailand dengan 4.3 jam sehari.

Paling menarik enam daripada sepuluh negara dengan penggunaan peranti paling lama ialah negara Asia. Selain Thailand dan Malaysia, Filipina dan Indonesia turut tersenarai sebagai negara yang menggunakan peranti paling lama. Di dalam laporan yang sama penggunaan data paling tinggi turut dianugerahkan kepada Amerika Syarikat dengan penggunaan purata 20 Gigabyte sebulan. Sungguhpun begitu penggunaan data selular tertinggi adalah di Indonesia dengan 59% selular dan 41% menggunakan WiFi.

Apakah yang boleh kita pelajari dari kajian ini? Sungguhpun kita kerap merungut kelajuan internet mudah alih adalah perlahan dan peranti adalah mahal tanpa subsidi, kita masih menghabiskan masa yang lama menggunakan peranti milik kita.

Informate Mobile Intelligence - Smartphone Usage Infographic

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd