Buat Semakan Keselamatan Akaun Google Anda Hari Ini Dan Terima Ruangan Tambahan Percuma 2GB Di Drive

Buat Semakan Keselamatan Akaun Google Anda Hari Ini Dan Terima Ruangan Tambahan Percuma 2GB Di Drive

Diterbitkan pada Feb 10, 2015 oleh .

Bersempena dengan Safer Internet Day, hari ini Google mengalakkan seluruh pengguna untuk menyemak pelbagai tetapan keselamatan akaun mereka di Google, dan pada masa yang sama memberikan pengguna ruangan tambahan sebanyak 2GB percuma pada Google Drive.

Pemeriksaan Keselamatan Google

Melalui semakan keselamatan akaun Google tersebut, pengguna akan perlu memastikan informasi berkaitan akaun anda yang perlu dihubungi sekiranya terdapat pencerobohan. Selain daripada itu, pengguna turut perlu memastikan sama ada aktiviti terkini pada akaun mereka adalah apa yang dilakukan oleh mereka atau sebaliknya.

Akhir sekali, pengguna turut perlu memastikan akses yang diberikan kepada aplikasi, sebelum menyelesaikan semakan keselamatan akaun Google ini.

Google mengatakan mereka akan menawarkan ruangan tambahan percuma ini pada 28 Februari 2015 kelak. Penawaran tambahan ruangan storan percuma ini hanya ditawarkan kepada mereka yang melakukan semakan keselamatan akaun daripada hari ini sehingga 17 Februari sahaja.

Layari : Semakan Keselamatan Akaun Google


TIPS & ULASAN