RapidShare Bakal Menamatkan Perkhidmatan Pada 31 Mac 2015

RapidShare Bakal Menamatkan Perkhidmatan Pada 31 Mac 2015

Diterbitkan pada Feb 11, 2015 oleh .

RapidShareRapidShare merupakan antara laman popular terawal yang menawarkan sokongan perkongsian fail, sekaligus memudahkan pengguna untuk menghantar fail kepada rakan-rakan yang mana ketika itu tidak disokong saiznya melalui fungsi attachment. Kini, selepas beroperasi lebih kurang 13 tahun, laman tersebut akan menamatkan operasinya pada bulan hadapan.

RapidShare, dengan kebolehan hos akan fail bersaiz besar, ia turut menjadi salah satu laman yang digunakan ramai untuk berkongsi fail berhak-cipta. Perkara ini turut membuatkan RapidShare menjadi salah satu sasaran pihak berkuasa sebelum ini.

Untuk mengelakkannya, pihak RapidShare sebelum ini telah menjenamakan semula perkhidmatan mereka sebagai ruangan storan awan. Namun, dengan pelbagai perkhidmatan, terutamanya daripada gergasi internet lain, ia membuatkan pihak RapidShare sukar untuk bersaing dan mendapatkan angka pengguna tinggi seperti pada awalnya.

Kini, RapidShare melalui laman rasmi mereka telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Mac 2015. Selepas tarikh tersebut, semua akaun dan fail pada pelayan mereka akan dipadam secara automatik.

Pihak RapidShare meminta pengguna sedia ada untuk membuat salinan pendua simpanan fail mereka, sebelum ia terpadam dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi.


TIPS & ULASAN