Akhirnya, Flipboard Diperkenalkan Pada Web – Memudahkan Anda Mengakses Bahan Bacaan Di Desktop

Akhirnya, Flipboard Diperkenalkan Pada Web – Memudahkan Anda Mengakses Bahan Bacaan Di Desktop

Diterbitkan pada Feb 11, 2015 oleh .

Flipboard merupakan salah satu aplikasi popular pada peranti mudah-alih. Sebelum ini, pihak Flipboard sedia memperkenalkan aplikasi Windows 8, selain menawarkan langganan terpilih melalui web. Hari ini, mereka setapak kehadapan dengan memperkenalkan akses kepada Flipboard terus melalui web.

Flipboard Web

Kini, pengguna boleh log masuk ke laman Flipboard menggunakan akaun sedia ada mereka, dan membolehkan para pengguna untuk mengakses pelbagai langganan mereka terus pada pelayar web.

Untuk menjayakannya juga, piihak Flipboard telah hadir dengan antaramuka dan rekaan yang dioptimasikan untuk skrin besar, dan pada masa yang sama boleh dikawal dengan menatal pada tetikus.

Bagi anda yang aktif menggunakan Flipboard, boleh menyemak versi webnya pada hari ini, dan berkongsi dengan kami pendapat anda mengenai pengenalan versi web oleh Flipboard ini.

Layari : Flipboard Web


TIPS & ULASAN