Carian
Google I/O Bakal Diadakan Pada 28 Dan 29 Mei 2015
February 11, 2015 Aman

Salah satu acara yang dinantikan ramai dalam arena internet ini adalah acara Google I/O yang mana sering kali memperlihatkan Google mengumumkan pelbagai kemaskini produk mereka – daripada Chrome, Google+ sehinggalah perkongsian perkara baru mengenai Android.

Untuk tahun ini, Google menjadualkan acara Google I/O mereka pada 28 dan 29 Mei ini, sekaligus dijangka akan berkongsi pelbagai perkembangan baru dalam syarikat mereka.

Seperti pada tahun lepas, Google tidak akan membuka jualannya secara terbuka, tetapi menggunakan sistem pilihan rawak bagi mereka yang mendaftar untuk menerima tiket. Perkara ini dilakukan oleh Google untuk mengelakkan ramai yang ingin ke Google I/O hanya untuk mendapatkan barangan percuma sahaja. Pada tahun lepas, Google telah memberikan dua jam tangan Android Wear dan juga Google Cardboard kepada para hadirin.

Acara ini lebih ditujukan kepada pembangun, tetapi pada masa yang sama juga pihak Google berkongsi beberapa perkara berkaitan fungsi baru khusus untuk pengguna umum.

Komen