Carian
Slurp Kini Mempunyai 35 Cawangan – Ingin Memperluaskan Pasaran Ke Rantau Asia Tenggara
February 11, 2015 Ikhwan Nazri

Aplikasi Slurp yang dilancarkan pada tahun lalu merupakan aplikasi untuk memudahkan pemilik restoran untuk menguruskan tempahan makanan yang dibuat, dimana pengguna aplikasi tersebut boleh menempah makanan melalui telefon bimbit mereka. Pada acara media mereka yang berlangsung hari ini, mereka telah berkongsi perancangan mereka untuk tahun ini, termasuklah ingin meneroka pasaran sekitar Asia Tenggara.

Sehingga kini, sebanyak 35 restoran telah menyokong aplikasi Slurp, dan mereka merancang untuk menambah lagi rangkaian restoran yang menyokongnya di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara pada suku tahun kedua. Selain dari itu, pelbagai lagi khidmat bakal ditawarkan mereka pada tahun termasuklah penghantaran makanan ke rumah menggunakan aplikasi Slurp. 

Slurp Event -IMG_9637

Anda boleh mencuba menggunakan aplikasi ini pada platform iOS dan Android tanpa perlu menunggu pelayan restoran melayani anda sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan anda untuk melakukan pengiraan. Buat masa ini, pembayaran masih dilakukan secara tunai namun mereka juga mempunyai perancangan untuk membolehkan pengguna melakukan pembayaran melalui aplikasi apabila tiba masanya nanti. 

Komen