Samsung Menambah Variasi Keluarga Tablet – Mula Menawarkan Galaxy Tab 3V Di Malaysia, Berharga RM499

Samsung Menambah Variasi Keluarga Tablet – Mula Menawarkan Galaxy Tab 3V Di Malaysia, Berharga RM499

Diterbitkan pada Feb 11, 2015 oleh .

Samsung sebelum ini sedia menawarkan Galaxy Tab 3 dan juga Galaxy Tab 3 Lite di Malaysia. Kini, menambah penawarannya, Samsung Malaysia turut telah mula memasarkan Galaxy Tab 3V di Malaysia, dimana ia dijual pada harga RM499.

Galaxy Tab 3V

Galaxy Tab 3V ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 7-inci, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, dan turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 3G. Menurut salah seorang penjual, tablet ini turut dilengkapi dengan kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan dan belakang, selain pada masa yang sama menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat serta antaramuka TouchWiz.

Di Malaysia, tablet ini dijual pada harga RM499, yang mana boleh dikatakan antara tablet berharga rendah yang turut hadir dengan sokongan rangkaian 3G.


TIPS & ULASAN