Cari @ Amanz

Peranti mudah-alih pada hari ini sudah pun sedia membawakan spesifikasi yang tinggi. Ada diantara peranti mudah-alih telah pun mengatasi spesifikasi komputer yang digunakan ramai, dan kini mengikut apa yang dikatakan oleh salah satu eksekutif Electronic Arts, mereka menjangkakan tablet akan menjadi lebih berkuasa berbanding konsol menjelang tahun 2018 kelak.

Seperti semua sedia maklum, perkembangan dunia peranti mudah-alih agak drastik dari tahun ke tahun. Pada tahun ini, kita telah pun sedia melihat peranti hadir menggunakan memori sebanyak 4GB RAM, selain kemaskini dari segi kuasa cip pemprosesan dan GPU.

NVIDIA Shield Tablet

Menurut CFO EA, dalam tempoh tiga ke empat tahun lagi, tidak mustahil untuk melihat kuasa pemprosesan yang dibawakan oleh tablet melangkaui apa yang ditawarkan oleh konsol. Memandangkan ia memberikan pengalaman permainan yang lebih peribadi selain mudah dibawa kemana-mana, penawaran permainan pada peranti mudah-alih telah menjadi salah satu fokus utama ramai penerbit permainan.

Apa pun, seperti semua sedia maklum, masih ramai yang meminati permainan konsol dan tidak akan hilang begitu sahaja walaupun perkembangan arena tablet dan telefon pintar ini dilihat begitu pesat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd