Jam Tangan Pintar HTC Dikatakan Menggunakan Sistem Operasi Tersendiri – Menyokong Android Dan iOS
HTC

Jam Tangan Pintar HTC Dikatakan Menggunakan Sistem Operasi Tersendiri – Menyokong Android Dan iOS

Diterbitkan pada Feb 11, 2015 oleh .

Sudah beberapa kali kita dengar akan mengenai desas-desus berkaitan jam tangan pintar daripada HTC. Kini, dengan acara Mobile World Congress yang semakin dekat, desas-desus berkaitan dengannya mula kedengaran kembali, dan mungkin kita akan dapat melihatnya pada acara yang dijadualkan HTC pada 1 Mac kelak.

HTC Watch

Jam tangan pintar HTC dikenali dengan nama kod “HTC Petra” buat masa ini, dan ia dikatakan bakal dijana menggunakan sistem operasi tersendiri daripada pihak HTC. Salah satu sebab untuknya adalah bagi membolehkan jam tangan tersebut turut menyokong platform lain selain Android, iaitu salah satunya adalah iOS.

Buat masa ini, Android Wear masih tidak menyokong pengguna iOS, mungkin membuatkan pihak HTC hadir dengan platform operasi mereka tersendiri. Pada masa yang sama, mereka juga boleh membuang pelbagai komponen dan mengoptimasikan penggunaan bateri peranti tersebut untuk tempoh masa yang lebih lama.

HTC sebelum ini turut sama telah mula menawarkan sokongan produk mereka untuk platform iOS, termasuk HTC Zoe dan juga kamera daripada mereka, iaitu HTC RE Camera.

Info lanjut mengenai jam tangan pintar ini masih kekal teka-teki. Dengan acara yang dijadualkan pada 1 Mac ini, ramai yang menantikan agar pihak HTC memperkenalkan jam tangan pintar daripada mereka kepada umum.


TIPS & ULASAN