Microsoft Mengesahkan Pengambil-Alihan Aplikasi Kalendar Popular – Sunrise

Microsoft Mengesahkan Pengambil-Alihan Aplikasi Kalendar Popular – Sunrise

Diterbitkan pada Feb 12, 2015 oleh .

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, Microsoft hari ini mengesahkan yang mana mereka mengambil-alih syarikat aplikasi kalendar popular pada platform Android dan iOS, iaitu Sunrise. Harga tidak diumumkan, tetapi mengikut laporan sebelum ini ia dikatakan sekitar $100 juta.

Menurut Microsoft, dengan pengambil-alihan ini, ia terus menambah fokus pihak Microsoft dalam penawaran aplikasi dan produktiviti memfokuskan kepada produktiviti. Microsoft mengatakan mereka akan terus mengekalkan sokongan aplikasi pihak ketiga melalui Sunrise, dan turut menawarkannya untuk beberapa platform dan tidak terhad untuk platform milik Microsoft sahaja.

Microsoft mengatakan mereka akan berkongsi lebih lanjut berkaitan dengan perkembangan Sunrise dalam masa beberapa bulan lagi.

Sebelum ini, salah satu aplikasi popular yang turut diambila-alih oleh Microsoft adalah Acompli yang mana kemudiannya hadir dalam kemaskini penawaran Outlook untuk Android dan iOS.

Muat-Turun Sunrise untuk Android

Muat-Turun Sunrise untuk iOS


TIPS & ULASAN