Dropbox Memperkenalkan Pemalam Untuk Chrome – Memudahkan Menyertakan Fail Terus Pada GMail

Dropbox Memperkenalkan Pemalam Untuk Chrome – Memudahkan Menyertakan Fail Terus Pada GMail

Diterbitkan pada Feb 12, 2015 oleh .

Pada GMail, Google sedia menyokong integrasi untuk menyertakan fail daripada Google Drive. Kini, dalam memberikan pilihan kepada pengguna, pihak Dropbox turut menerbitkan sebuah pemalam khusus untuk Chrome, sekaligus menambah pilihan kepada pengguna untuk menyertakan fail daripada Dropbox.

Dropbox GMail

Dengan memasang pemalam ini pada Chrome, ia akan menambah sebuah ikon tambahan bersebelahan butang Send ketika menulis emel. Dengan klik padanya, pengguna akan diberikan pilihan untuk menyertakan fail daripada simpanan akaun Dropbox mereka, dan terus menghantarnya melalui emel.

Disamping itu, sama seperti fungsi Google Drive, pengguna turut boleh menambah fail daripada emel yang diterima ke Dropbox dengan hanya satu klik.

Buat masa ini, Dropbox melabelkan pemalam ini sebagai beta, dan ia boleh dimuat-turun daripada Chrome WebStore hari ini.

Muat-Turun Dropbox untuk Gmail


TIPS & ULASAN