Platform E-Dagang Tempatan Bazaare Diumumkan – Mempunyai 18,000 Peniaga Atas Talian 

Platform E-Dagang Tempatan Bazaare Diumumkan – Mempunyai 18,000 Peniaga Atas Talian 

Diterbitkan pada Feb 14, 2015 oleh .

10387312_638502876278454_4928010231532058380_nArena E-Dagang merupakan satu arena yang aktif di Malaysia. Tahun lepas, MDeC telah melakukan kempen #MYCybersale yang telah memperoleh RM 67.4 juta bagi jumlah barangan yang terjual melalui perniagaan atas talian. Terdapat pelbagai platform dan aplikasi berkaitan E-Dagang memfokuskan pasaran Malaysia dan pada hari ini, platform Bazaare diumumkan setelah melalui fasa percubaan bermula tahun lepas.

Menariknya, menerusi perkongsian mereka, dari 18,000 peniaga atas talian yang menyertai platform Bazaare semasa tempoh percubaan, majoriti perniagaannya dimiliki oleh usahawan wanita. Ini kerana salah satu fokus mereka adalah untuk perniagaan tradisional seperti perkhidmatan untuk wanita mengandung, kuih-muih dan ubatan tradisional, serta kraftangan eksotik. Selain dari penawaran platform, Bazaare turut menyediakan perkhidmatan buat peniaga antaranya menguruskan pelan promosi, program kesetiaan pelanggan dan bermacam lagi.

Bazaare Event -IMG_9659

Terdapat beberapa fungsi khusus dikhaskan untuk pemilik perniagaan yang menyertai platform ini dimana mereka boleh melakukan jualan khas (flash sales), memberikan baucer diskaun, memberikan promosi pembelian bersama (Purchase with Purchase) dan termasuklah fungsi kad kesetiaan yang diberikan buat mereka yang membeli menerusi aplikasi ini.

Selain dari itu mereka turut mengumumkan Karnival Borong-Borong Bazaare, dimana mereka akan membuat jelajah seluruh semenanjung bagi mempromosi platform mereka. Antara bandar yang bakal dilawati mereka termasuk Taiping, Georgetown, Alor Star, Kota Bahru, Batu Pahat, Ayer Keroh, Kuala Terengganu, Bangi dan lain-lain. 

Platform Bazaare ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April dan buat masa ini, ia hanya tersedia pada laman web mereka dan juga pada platform Android namun ia hanya memaparkan kiraan masa sebelum ianya beroperasi sepenuhnya. Aplikasi ini akan tersedia pada platform iOS tidak lama lagi. 

Layari: Bazaare

Muat-turun: Bazaare (Android)


TIPS & ULASAN