Cari @ Amanz

Samsung sedia menawarkan perkhidmatan penstriman muzik dinamakan Milk Music di beberapa negara. Hari ini, pihak Samsung berkongsi mengatakan mereka akan menawarkan perkhidmatan tersebut untuk pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi.

Samsung Milk

Melalui Samsung Milk Music, pengguna boleh menikmati pelbagai penawaran muzik melalui sokongan penstriman dalam-talian, lebih kurang seperti Spotify dan beberapa perkhidmatan lain. Untuk penawaran Samsung Milk Music, ia hadir dalam dua variasi, iaitu yang pertama versi percuma yang hadir dengan sokongan pengiklanan, dan satu lagi adalah variasi berbayar. Untuk pengenalan kelak, Samsung dijangka akan menawarkan versi percuma terlebih dahulu sebelum hadir dengan penawaran berbayar.

Dengan pengumuman pihak Samsung hari ini, perkhidmatan tersebut telah pun dimulakan di Australia. Pihak Samsung mengatakan perkhidmatan tersebut akan diperluaskan ke negara lain di Asia Tenggara pada pertengahan kedua 2015 ini.

Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan penawaran penstriman video mereka yang turut menggunakan nama sama.

Samsung Milk

Samsung Milk Music

Samsung Milk Music

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd