Samsung NX500 Diperkenalkan – Kamera 28MP Dengan Sensor BSI Terbesar Di Pasaran

Samsung NX500 Diperkenalkan – Kamera 28MP Dengan Sensor BSI Terbesar Di Pasaran

Diterbitkan pada Feb 12, 2015 oleh .

Samsung hari ini pada Samsung Forum yang diadakan di Bangkok, Thailand, telah pun memperkenalkan salah satu kamera terbaru mereka dibawah keluarga NX, iaitu Samsung NX500. Samsung NX500 hadir dengan pelbagai ciri-ciri pintar seperti terdapat pada beberapa kamera Samsung lain, dan turut dilengkapi beberapa perkara baru.

Samsung NX500 hadir dengan kamera 28-megapixel menggunakan sensor BSI APS-C, dimana Samsung mengatakan ia merupakan sensor BSI terbesar yang terdapat di pasaran pada hari ini. Samsung NX500 ini membawakan sokongan rakaman 4K, dan turut membawakan sokongan integrasi WiFi, Bluetooth, dan juga NFC. Pengguna turut boleh menghantar gambar terus dari kamera ke tablet atau telefon pintar menggunakan fungsi ini. Selain daripada itu, pihak Samsung turut melengkapkan kamera ini dengan pelbagai fungsi-fungsi pintar untuk rakaman, dan menjadikan gambar anda lebih menarik.

Samsung juga turut melengkapkan NX500 dengan sokongan pemprosesan DRIMeV, yang mana membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan pantas, dan turut membawakan warna rakaman yang lebih jelas dan semulajadi. Beberapa fungsi tambahan yang turut disertakan pada kamera in adalah sokongan rakaman Motion Shot yang mana membolehkan pengguna fokus terhadap objek yang bergerak dan merakamkannya dengan mudah.

Samwsung NX500 akan ditawarkan dalam tiga warna plihan, iaitu hitam, perang dan juga putih. Ia bakal dijual bermula bulan Mac 2015 kelak.

Samsung NX500

Samsung NX500

Samsung NX500

Samsung NX500

Samsung NX500


TIPS & ULASAN