Cari @ Amanz

Tajuk laporan ini mungkin juga boleh ditulis sebagai Wazeception. Polis Miami yang geram dengan penyalahgunaan aplikasi navigasi Waze yang digunakan untuk mengelakkan sekatan jalan raya bertindak menggunakan aplikasi yang sama untuk melawan pengguna jalan raya. Menurut laporan NBC 6, aplikasi popular ini digunakan oleh penjenayah dan pemandu mabuk untuk mengelakkan diri mereka dari ditahan polis. Sungguhpun ianya tidak menyalahi undang-undang, pihak Polis Miami percaya ia hanya akan membahayakan komuniti setempat. Pemandu mabuk yang dapat mengelak sekatan ujian mabuk mungkin akan terlibat dengan kemalangan di kawasan lain sebelum dapat ditangkap. Oleh itu Polis Miami bertindak menggunakan Waze untuk melawan semula. Mereka sendiri meletakkan amaran lokasi Polis palsu secara rawak. Mereka berharap dengan meletakkan amaran sekatan jalan raya palsu ini individu mabuk akan berfikir dua kali sebelum memandu dan bertindak menaiki pengangkutan awam. Ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebarangkalian mereka membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Pada waktu yang sama mereka berharap kadar jenayah dapat diturunkan. Apakah pendapat anda tentang penipuan Polis Miami ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan menurunkan kadar jenayah? Adakah ianya jatuh hukum sunat? Jika taktik yang sama digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia adakah anda akan menyokongnya?

VufD9YRC

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd