Samsung Ingin Menawarkan Bantuan 24 Jam Kepada Pelanggan Melalui Galaxy Life

Samsung Ingin Menawarkan Bantuan 24 Jam Kepada Pelanggan Melalui Galaxy Life

Diterbitkan pada Feb 12, 2015 oleh .

Samsung hari ini telah berkongsi beberapa info berkaitan dengan kandungan yang ditawarkan oleh mereka untuk para pelanggan. Seperti semua sedia maklum, salah satu aplikasi khusus yang ditawarkan kepada para pelanggan Samsung adalah Galaxy Life.

Samsung Galaxy Life menawarkan sejumlah ganjaran kepada para pelanggan, dimana di Malaysia pihak Samsung sedia bekerjasama dengan beberapa rakan kerjasama di Malaysia, termasuk kedai makan, wayang, Starbucks dan sebagainya. Galaxy Life hanya ditawarkan di lima buah negara buat masa ini, dan telah dimuat-turun lebih 3 juta kali sehingga tahun 2014 lepas.

Samsung Galaxy Life

Samsung Galaxy Life

Bercakap mengenai perancangan untuk tahun ini khusus bagi aplikasi Galaxy Life, pihak Samsung mengatakan mereka akan menyertakan beberapa fungsi baru melaluinya. Salah satu daripadanya adalah sokongan khidmat pelanggan terus melalui aplikasi berkenaan.

Dengan sokongan chat terus kepada khidmat pelanggan, pengguna boleh mendapatkan bantuan ataupun pandangan daripada khidmat pelanggan pada bila-bila masa setiap hari.

Selain itu, Samsung juga akan memperkenalkan penawaran Gold Tier pada Galaxy Life yang mana terhad kepada peranti-peranti flagship daripada mereka.

Fungsi terakhir yang turut dirancang untuk diperkenalkan pada tahun ini di Galaxy Life adalah sokongan jaminan. Pengguna boleh mendaftar jaminan, melihat tempoh jaminan yang ditawarkan, dan pada masa yang sama memantau peranti milik mereka terus menggunakan aplikasi sama.

Kemaskini untuk Galaxy Life ini dijangka akan ditawarkan untuk pengguna di Malaysia sekitar bulan April kelak.


TIPS & ULASAN