Cari @ Amanz

Pihak pengedar produk Meizu di Malaysia, iaitu Blue Kor hari ini telah pun mengumumkan mereka akan mula menjual telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru daripada mereka, iaitu Meizu MX4 Pro bermula esok di Malaysia.

Meizu MX4 Pro

Meizu MX4 Pro

Meizu MX4 Pro merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi, membawakan rekaan lebih kurang seperti Meizu MX4 sebelum ini. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci yang menyertakan paparan 2K (2560×1536 pixel), cip pemprosesan Exynos 5430, memori 3GB RAM, GPU Mali-T628, kamera belakang 20.7-megapixel, dan turut menyertakan bateri berkapasiti 3350mAh.

Dari segi penambahan, selain perubahan dalaman, pihak Meizu turut melengkapkan ia dengan pengimbas cap jari dinamakan mTouch. Cip khusus turut disertakan untuk kualiti audio yang lebih baik berbanding kebiasaan.

Meizu MX4 Pro

Meizu M-Touch

Dari segi harga, Meizu MX4 Pro dijual pada harga RM1399 untuk versi 16GB, sementara versi 32GB pula akan dijual pada harga RM1599. BlueKor akan menjual Meizu MX4 Pro melalui laman Facebook mereka, dimana mereka akan berkongsi pautan khusus untuknya esok. Ia akan ditawarkan dalam warna kelabu, dan menurut pihak BlueKor, unit yang ditawarkan buat masa ini adalah terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd