Samsung Seasons Membolehkan Anda Menonton Siri-TV Kegemaran Pada Telefon, Tablet Dan Televisyen

Samsung Seasons Membolehkan Anda Menonton Siri-TV Kegemaran Pada Telefon, Tablet Dan Televisyen

Diterbitkan pada Feb 12, 2015 oleh .

Nampaknya, terdapat sejumlah aplikasi yang disediakan oleh Samsung yang tidak dipopularkan. Salah satu daripadanya adalah Samsung Seasons yang terhad untuk pengguna di Malaysia dan Filipina buat masa ini.

Samsung Seasong membolehkan para pengguna untuk mengikuti sejumlah siri televisyen dari negara barat, terutamanya daripada Amerika Syarikat dan UK terus pada peranti mudah-alih atau pada televisyen Samsung.

Samsung Seasons

Menggunakannya, pengguna boleh menonton episod pertama untuk setiap siri secara percuma, selain melanggan sesuatu siri penuh pada harga langganan $6.50. Langganan pada Samsung Seasons ini membolehkan pengguna menonton sesuatu siri tersebut dalam tempoh 30 hari, atau perlu melanggannya semula untuk menambah tempoh langganan.

Selain pengguna boleh menontonnya dimana-mana menggunakan peranti Samsung mereka, menggunakan Seasons ini juga pengguna turut boleh berkongsi sesuatu siri dengan rakan lain, sekaligus memberikan akses sementara (selama sehari) untuk kandungan yang dilanggan anda kepada rakan atau ahli keluarga terdekat.

Bagi anda yang menggunakan tablet atau telefon Samsung, boleh memuat-turun Samsung Seasons daripada Google Play Store hari ini, selain turut mendapatkan aplikasi sama di Samsung SmartTV.

Muat-Turun Samsung Seasons untuk peranti Samsung


TIPS & ULASAN