Carian
Aplikasi E-Sentral Kini Hadir Untuk Pengguna Windows
February 12, 2015 Ikhwan Nazri

Terdapat pelbagai platform bagi penerbit buku untuk menerbitkan buku dalam bentuk digital (E-Book), dan salah satu platform tempatan yang menyediakan kemudahan sebegini adalah E-Sentral. E-Sentral telah bertapak lama di Malaysia, dan mula beroperasi sejak akhir tahun 2011.  Pada hari ini mereka telah mengumumkan aplikasi mereka untuk platform Windows 8.1.

Aplikasi E-Sentral untuk Windows 8.1 ini boleh beroperasi untuk kedua-dua jenis Windows, iaitu PC dan Phone. Dengan pelancaran ini juga bermaksud bagi pengguna yang mempunyai akaun E-Sentral dan biasa membaca E-Book pada telefon pintar Android atau iOS, kini boleh mengaksesnya pada komputer Windows mereka.

Screenshot.436481.1000000

Sehingga kini E-Sentral menawarkan lebih dari 50,000 E-book dan selain dari majoriti buku tempatan yang dijual, mereka turut menjual buku dari negara lain seperti Perancis, Indonesia dan Korea. Dengan kemunculan aplikasi ini, kini E-Sentral telah menyediakan aplikasi mereka untuk tiga platform utama, iaitu iOS, Android dan Windows dalam jangkamasa empat tahun.

Komen