Shabery Menyarankan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Pakej Jalur-Lebar

Shabery Menyarankan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Pakej Jalur-Lebar

Diterbitkan pada Feb 12, 2015 oleh .

Shabery CheekSalah satu perkara yang sering diadu ramai pengguna tempatan adalah berkenaan dengan harga pakej jalur-lebar yang mahal. Terkini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Ahmad Shabery Cheek menyarangkan syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej jalur-lebar pada harga yang lebih rendah daripada sedia ada.

Shabery Cheek mengatakan sedemikian kerana menurut beliau, Telekom Malaysia dan Time Dotcom kini telah mula menawarkan gentian-optik secara borong pada harga yang lebih rendah kepada syarikat telekomunikasi. Perkara ini membuatkan kos pengendalian menurun, dan membolehkan pakej jalur-lebar berharga lebih rendah ditawarkan.

Seperti semua sedia maklum, dengan perkembangan dunia teknologi, dan juga peranti pintar yang ditawarkan pada harga rendah, lebih ramai inginkan akses internet. Memandangkan ia telah menjadi salah satu komponen dalam kehidupan seharian, maka ia harus ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Shabery turut mengatakan ia hanyalah saranan sahaja, tetapi berharap syarikat telekomunikasi akan menyambut baik cadangan beliau.


TIPS & ULASAN