Carian
Facebook Memperkenalkan Fungsi Mewasiatkan Akaun Kepada Rakan
February 12, 2015 Aman

Facebook hari ini mengumumkan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai “Legacy Contact” – membolehkan anda menambah rakan atau ahli keluarga untuk menguruskan akaun anda di Facebook selepas anda meninggal dunia.

Melalui fungsi ini, apabila pihak Facebook menerima info berkenaan seseorang yang telah meninggal dunia, mereka akan mengubah status akaun tersebut, sekaligus memberikan akses kepada penama pada “Legacy Contact”.

Facebook Legacy

Penama tersebut boleh pin akan sesuatu kemaskini pada Timeline, memberikan respon kepada permintaan rakan baru, dan pada masa yang sama mengemaskini gambar profil anda. Namun, Facebook tidak memberikan akses untuk penama tersebut membaca mesej-mesej anda, ataupun mengemaskini status dan menulis dengan menggunakan akaun profil pengguna yang telah meninggal dunia.

Facebook dilihat memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat kepada semua, dan mungkin ia akan mengambil masa beberapa minggu sebelum semua menerimanya. Untuk menyemak sama ada akaun anda telah menerimanya atau sebaliknya, anda boleh ke halaman Settings > Security dan memilih Legacy Contact.

Komen