Keluarga Telefon Samsung Galaxy E Bakal Hadir Ke Malaysia

Keluarga Telefon Samsung Galaxy E Bakal Hadir Ke Malaysia

Diterbitkan pada Feb 13, 2015 oleh .

Pada acara Samsung Forum yang diadakan di Bangkok, Thailand hari ini, pihak Samsung telah memperlihatkan sejumlah produk baru mereka. Ini termasuklah dengan telefon pintar Galaxy E yang telah diumumkan untuk pasaran India pada tahun lepas.

Bercakap mengenainya, pihak Samsung Malaysia mengatakan ia akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Tiada sebarang tarikh pasti yang diumumkan, tetapi mereka mengatakan harganya akan lebih rendah berbanding dengan penawaran Galaxy A. Sebagai perbandingan, peranti berspesifikasi tinggi pada keluarga Galaxy A adalah Galaxy A7 yang mana ditawarkan pada harga RM1499.

Samsung Galaxy E7

Dibawah keluarga Galaxy E, Samsung mempunyai dua variasi sahaja buat masa ini, iaitu Galaxy E7 dan juga Galaxy E5. Kedua-duanya menggunakan skrin Super AMOLED, dan ia turut memfokuskan kepada sokongan selfie. Telefon ini menyertakan fungsi Wide-Angle Selfie, selain turut hadir dengan sokongan Power Saving Mode.

Galaxy E7 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci Super AMOLED, kamera 13-megapixel, kamera selfie 5-megapixel, cip empat-teras 1.2Ghz dan memori 2GB RAM.

Samsung Galaxy E5 pula menggunakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras 1.2Gh, memori 1.5GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Jadi, pada harga penawaran berapakah yang anda akan mendapatkan peranti ini?

Samsung Galaxy E7


TIPS & ULASAN