Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah pun menawarkan Windows 10 Preview untuk pengguna PC dan juga tablet. Dengan fokus kepada satu sistem operasi pada pelbagai saiz skrin, hari ini, pihak Microsoft turut mula menawarkan versi Windows 10 yang dioptimasikan khusus untuk telefon pintar.

Windows 10 Phone

Windows 10 Phone

Windows 10 Phone

Untuk menggunakan Windows 10 Preview pada telefon, pengguna hanya perlu mendaftarkan diri menyertai program khusus dinamakan Insider, dan kemudian memasang sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Windows Insider. Untuk versi Technical Preview ini, hanya beberapa peranti sahaja yang disokong, iaitu Lumia 630, 635, 730, dan juga 830. Pada masa yang sama, peranti tersebut perlulah mempunyai sekurang-kurangya 8GB storan dan sedia menjalankan Windows 8.1.

Microsoft sebelum ini sedia memperlihatkan sokongan aplikasi Office yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Berkongsi lanjut mengenai fungsi baru pada Windows 10 pada telefon adalah termasuk sokongan Action Center yang ditambah-baik, kebolehan membalas mesej dengan lebih mudah, dan kemaskini pada Start Screen.

Windows 10 Phone

Windows 10 Phone

Bagi anda yang menggunakan peranti yang disokong, anda boleh mencuba Windows 10 Technical Preview ini. Tetapi seperti biasa, versi ini tidak lagi stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa kelemahan yang masih tidak dikenal-pasti lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd