Cari @ Amanz

IDC merupakan salah satu syarikat yang membuat pelbagai analisa berkaitan industri semasa. Terkini, berkongsi mengenai peningkatan telefon daripada pengeluar China dan Taiwan, pihak IDC menjangka ia akan mempunyai pegangan pasaran sekitar 65% pada tahun ini di Malaysia.

Menurut IDC, pada tahun 2013 yang lepas, pegangan pasaran untuk peranti dari China dan Taiwan adalah hanya sekitar 19%, sebelum ia meningkat kepada 46% pada tahun 2014.

Xiaomi Mi Note

Perkara ini sekaligus memberikan gambaran berkaitan penerimaan pengguna tempatan dengan peranti keluaran pengeluar dari China dan Taiwan, selain mana pengeluar dari negara-negara tersebut yang telah pun mula menawarkan peranti dengan ciri-ciri premium pada harga rendah.

Antara jenama pengeluar China yang popular dikalangan pengguna tempatan adalah termasuk Huawei, Oppo, Lenovo dan juga Xiaomi, sementara pengeluar Taiwan yang popular adalah termasuk HTC, Asus dan juga Acer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd