Phorm : Papan Kekunci Fizikal Pada Skrin Peranti Anda

Phorm : Papan Kekunci Fizikal Pada Skrin Peranti Anda

Diterbitkan pada Feb 13, 2015 oleh .

Phorm-1

Kami telah menggunakan papan kekunci maya di atas skrin peranti selama lebih kurang empat tahun. Sungguhpun begitu menaip karangan panjang pada iPad milik kami masih terasa canggung kerana tidak perasaan menekan butang di atas skrin. Sekiranya anda mahu menaip dengan papan kekunci fizikal anda perlu membeli aksesori tambahan seperti kekunci BlueTooth. Kini muncul sebuah inovasi baru yang membolehkan papan kekunci fizikal digunakan pada skrin tablet. Phorm ialah papan kekunci yang timbul di atas permukaan skrin tablet dan phablet yang dipasang dengan cangkerang khasnya. Apabila ingin digunakan anda hanya perlu menggerakkan laras pada bahagian belakang cangkerang dan bintil kecil akan muncul menjadi kekunci fizikal. Phorm tidak memerlukan bateri dan menggunakan sistem hidraulik. Cecair khas lutsinar akan dipamkan ke penutup skrin Phorm dan menghasilkan bintik pada permukaannya. Apabila laras digerakkan ke posisi asal minyak tadi akan cecair tadi akan dipam keluar dan skrin kembali rata. Buat masa ini ia hanya berfungsi pada kedudukan potret dan hanya menyokong tablet iPad dan iPhone 6 Plus. Harga jualan bermula dari $99 sebuah. Sangat menarik untuk mereka yang kerap menaip menggunakan dua peranti tersebut.

Phorm-2

 

 


TIPS & ULASAN