GumPhone : Pemegang Peranti Menggunakan Mulut

GumPhone : Pemegang Peranti Menggunakan Mulut

Diterbitkan pada Feb 13, 2015 oleh .

6._Perfect_Ergonomics_display_large_preview_cardKayu selfie kini terjual dengan meluas dan membolehkan anda mengambil gambar selfie sungguhpun ada seorang kera sumbang. Kayu selfie yang semakin popular kini mula diharamkan di stadium dan muzium Eropah kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata dalam pergaduhan. Mungkin zaman kayu selfie akan berakhir tetapi jika anda mahukan kelainan anda mungkin boleh menggunakan GumPhone. Dari nama alat ini anda mungkin boleh mengagak ianya pemegang peranti yang anda boleh masukkan ke dalam mulut. Menurut pereka GumPhone anda kini boleh menonton video pada skrin peranti tanpa peranti perlu dipegang. Pada masa yang sama foto selfie juga boleh diambil tanpa memerlukan tangan. Sebuah lagi ciptaan aneh seiringan dengan kayu Belfie, topi selfie dan juga berus rambut selfie yang pernah kami paparkan dahulu. Jangan ketawa dengan ciptaan yang anda mungkin kategorikan sebagai sia-sia dan aneh ini. Tahukah anda kayu selfie dicipta pada perendahan 90an dan pernah dimasukkan ke dalam buku Ciptaan Jepun Yang Sia Sia. Selepas hampir dua dekad baru kita melihat ianya bukan ciptaan sia-sia. Siapa tahu dua dekad akan datang anak-anak anda akan menggunakan peranti seakan GumPhone untuk kegunaan harian. Jangan terkejut.

5._The_GumPhone_again_display_large_preview_featured


TIPS & ULASAN