ChargeAll : Power Bank Dengan Palam Elektrik Terbina

ChargeAll : Power Bank Dengan Palam Elektrik Terbina

Diterbitkan pada Feb 13, 2015 oleh .

chargetech_portable_power_outlet_1Berapa kalikah anda menggunakan sebuah komputer riba di luar dan kemudian kehabisan bateri? Anda kemudian mencari palam elektrik di kedai kopi kapitalis kegemaran anda dan malang sekali kesemuanya sudah digunakan. Apabila anda meminta mahu menggunakan palam elektrik tersebut untuk seketika anda tidak dilayan kerana pelajar yang menggunakan palam tersebut merasakan melayan video Maharaja Lawak beliau adalah lebih penting dari anda yang mengejar deadline. Jika ini situasi yang sentiasa berlaku anda pasti gembira dengan kewujudan ChargeAll. Ianya sebuah power bank dengan palam elektrik terbina. Anda kini boleh menyambungkan terus apa-apa peranti milik anda kepada power bank ini. Ia mempunyai kapasiti sehingga 18 000 mAh dan turut dilengkapi dua port USB 2.0 untuk mengecas peranti pintar biasa. Turut disertakan ialah palam untuk plag antarabangsa. Menurut pengeluar ChargeAll power bank ini boleh mengecas tiga peranti serentak tanpa masalah. Harga jualan ialah  $270 sebuah. Harga yang mahal tetapi jika anda mempunyai gaya hidup bekerja secara mobil ini aksesori yang dinanti-nantikan.

chargetech_portable_power_outlet_2

 


TIPS & ULASAN