Cari @ Amanz

Tahun lepas menyaksikan sejumlah jenama telefon pintar baru memasuki pasaran tempatan, selain pada masa yang sama membuatkan lebih ramai membelanjakan wang dalam mendapatkan telefon pintar baru untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Xiaomi Redmi 2

Melalui laporan GfK yang dikeluarkan hari ini, mereka mengatakan pengguna di Malaysia membelanjakan lebih kurang RM8.74 bilion pada tahun lepas dalam membeli telefon pintar. Dari segi bilangan unit, sebanyak 8.5 juta telefon pintar telah terjual sepanjang Januari hingga Disember 2014 lepas.

Menurut GfK, dari segi unit, angka jualan meningkat, tetapi dari segi nilai, ia menurun sebanyak 4% berbanding tahun 2013 yang lepas. Ini mungkin kerana penawaran telefon pada harga rendah daripada pengeluar dari China dan Taiwan, sekaligus memberikan lebih kemudahan untuk pengguna mendapatkan peranti baru.

Menurut GfK, pada bulan Disember lepas sahaja menyaksikan lebih kurang 769,000 unit telefon pintar terjual di Malaysia. Dengan perkembangan sihat ini, dan fokus lebih ramai pengeluar untuk menawarkan peranti berharga rendah, tidak mustahil untuk kita melihat unit peranti yang terjual sepanjang tahun ini di Malaysia terus meningkat berbanding tahun sebelum-sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd