GfK : 9 Daripada 10 Telefon Terjual Pada 2014 Di Malaysia Adalah Telefon Android

GfK : 9 Daripada 10 Telefon Terjual Pada 2014 Di Malaysia Adalah Telefon Android

Diterbitkan pada Feb 13, 2015 oleh .

Selain berkongsi angka jualan, GfK turut berkongsi mengenai trend pengguna membeli telefon di Malaysia, dari segi saiz dan penawaran. Menurut GfK, permintaan untuk peranti bersaiz antara 4.1-inci ke 7-inci meningkat pada tahun lepas, sekaligus menyaksikan peningkatan penawaran phablet di pasaran tempatan.

Disamping saiz, pemilihan peranti dengan sokongan rangkaian LTE juga turut menjadi fokus ramai pengguna. Sebanyak 29% ataupun 3 daripada 10 telefon pintar yang terjual dari Januari sehingga Disember 2014 yang lepas adalah telefon dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Ini memperlihatkan peningkatan positif jikalau dibandingkan dengan tahun 2013 yang hanya berjumlah sebanyak 17% sahaja.

GfK mengatakan mereka menyasarkan lebih ramai pengeluar mula menawarkan peranti dengan sokongan rangkaian 4G LTE pada tahun 2015 ini, walaupun untuk peranti berspesifikasi rendah.

Dari segi sistem operasi pula, sembilan daripada 10 telefon yang dijual di Malaysia adalah telefon Android. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan daripada lebih kurang 59 jenama yang menawarkan peranti, 40 daripadanya memfokuskan peranti Android.

Ini sekaligus membawa angka penembusan peranti Android mencapai 90% berbanding hanya 85% pada tahun 2013 yang lepas.


TIPS & ULASAN