Google Dan Mattel Bekerjasama Untuk Hadir Dengan Peranti Realit-Maya – View-Master

Google Dan Mattel Bekerjasama Untuk Hadir Dengan Peranti Realit-Maya – View-Master

Diterbitkan pada Feb 14, 2015 oleh .

Mattel merupakan salah satu syarikat permainan popular, menawarkan permainan seperti patung Barbie, Fisher-Price, Hot Wheels dan sejumlah permainan yang lain. Terkini, mereka bekerjasama dengan pihak Google, dalam membawakan View-Master, salah satu peranti memfokuskan kepada realiti-maya, dan menyokong platform Google Cardboard.

Mattel ViewMaster

View-Master ini dengan dijana menggunakan platform Google Cardboard, ia akan memerlukan pengguna untuk menggunakan telefon Android sebagai skrin untuknya. Sejumlah kandungan khusus akan disertakan bersama-sama View-Master ini, dimana antaranya termasuklah View-Master dari generasi sebelum ini, serta kandungan melawat agnkasa lepas – dimana semuanya hadir dalam bentuk realiti-maya dan menawarkan pengalaman pelayaran yang menarik melaluinya.

View-Master ini akan dijual pada harga $29.99, sementara setiap kandungan tema untuk lawatan ke sesuatu lokasi akan dijual pada harga $14.99.


TIPS & ULASAN