UberLIMO Ditawarkan Di Kuala Lumpur Untuk Hari Ini – Harga Bermula RM250 Satu Perjalanan

Diterbitkan pada Feb 14, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

UberLIMOUber sedia terkenal dengan penawaran kereta bersama pemandu dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Di Malaysia, mereka telah menawarkan perkhidmatan UberBLACK dan juga UberX. Kini, untuk hanya pada penghujung minggu ini sahaja, Uber menawarkan langganan terhad untuk UberLIMO.

UberLIMO menggunakan kereta limosin dalam membawa penumpang, dan menawarkan pengalaman premium untuk dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Pilihan UberLIMO ini akan ditawarkan bermula hari ini sehingga tengah-malam Ahad, dan caj minima yang dikenakan adalah RM250 untuk setiap perjalanan. Anda boleh membawa sehingga 10 orang dalam satu perjalanan, dan caj tambahan sebanyak RM4.50 dikenakan untuk setiap minit. Pihak Uber turut menekankan mereka akan mengenakan caj sebanyak RM250 untuk membatalkan sesuatu perjalanan yang telah ditempah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami