Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Kenderaan Elektrik

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Kenderaan Elektrik

Diterbitkan pada Feb 14, 2015 oleh .

Tidak lama sebelum ini, kita sedia mendengar laporan mengaitkan Apple dengan sebuah kenderaan. Kini, hari ini WSJ hadir dengan laporan baru mengatakan Apple mempunyai sebuah projek dalaman yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik berjenama Apple.

Projek ini dikatakan dikenali dengan nama “Titan” dan ratusan pekerja sedang memfokuskan terhadap projek berkenaan. Rekaan awal untuk kenderaan elektrik ini dikatakan menyerupai sebuah van bersaiz mini, tetapi seperti biasa, ia bukanlah rekaan akhir dan mungkin lebih kepada ujian teknologi untuk kenderaan elektrik mereka.

Mengikut laporan yang hadir, Apple dikatakan telah mula menarik pelbagai pakar daripada industri automotif, dan pada masa yang sama telah bertemu dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan.

Dengan perkembangan arena teknologi, pelbagai gergasi dilihat memfokuskan kepada arena automotif. Google sendiri telah memperlihatkan prototaip untuk kenderaan automatik mereka. Bercakap mengenai kenderaan elektrik, Tesla merupakan salah satu jenama popular, dan ramai menyasarkan kenderaan elektrik akan mula popular dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penyertaan Apple dalam arena kenderaan elektrik dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN