Cangkerang Batmobile Untuk iPhone 6

Cangkerang Batmobile Untuk iPhone 6

Diterbitkan pada Feb 14, 2015 oleh .

1000095953_10Pilihan cangkerang unik adalah kelebihan yang ada peranti iPhone. Tahun demi tahun pengguna iPhone mempunyai banyak pilihan yang tidak diberikan kepada pengguna Android. Hari ini mari lihat cangkerang Batmobile untujk iPhone 6. Ia mempunyai lampu  yang berkelip apabila terdapat notifikasi dari peranti, lampu suluh terbina dan fungsi khas memancarkan logo Batman dari bahagian belakang. Pada waktu yang sama kesemua roda berputar dan membolehkan anak pemilik menjadikan iPhone sebagai kereta mainan. Cangkerang ini dihasilkan oleh Bandai dan dijual pada harga ¥ 5940 (RM 166) sebuah. Harga yang berpatutan bagi sebuah cangkerang yang unik.

Batman-iphone

 

 

 

 

 

 


TIPS & ULASAN