Banyak rakan-rakan kami gemar beriadah dengan berlari di waktu petang. Ketika berlari muzik dengan tempo tinggi dipasang bagi memberikan mereka motivasi untuk berlari dengan lebih pantas dan laju. Tetapi apabila sudah penat lagu bertempo pantas tidak lagi sesuai kerana anda sudah tidak larat lagi untuk berlari. Keep Beat ialah pakaian dalam wanita pintar yang mengesan kadar degupan jantung pemakai dan melaraskan tempo muzik yang dipasang secara automatik. Apabila ia mengesan degupan jantung semakin pantas ia akan menurunkan tempo muzik supaya anda tidak berlari terlalu pantas. Sebaliknya akan berlaku apabila kadar degupan jantung menurun. Pakaian dalam ini turut mempunyai poket khas pada bahagian belakang untuk memudahkan peranti pintar dibawa ketika bersenam. Keep Beat dihasilkan oleh Victoria Sowerby, seorang pelajar Universiti Northumbira United Kingdom sebagai projek tahun akhir. Keep Beat masih sebuah prototaip tetapi beliau mengaku menerima tawaran untuk menghasilkannya secara komersil oleh beberapa syarikat barangan sukan ternama. Sebuah aksesori pintar yang menarik tetapi rasanya versi untuk lelaki juga harus dihasilkan. Kaum Adam juga mahu menggunakan fungsi menarik Keep Beat ketika bersenam
Keep Beat : Bra Sukan Pintar Mengubah Kelajuan Lagu Ketika Bersenam
Kongsi
Komen ()
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd