Akaun [email protected] Dilancarkan Untuk Pasaran Global – Memfokuskan Jenama, Perniagaan Dan Organisasi

Akaun [email protected] Dilancarkan Untuk Pasaran Global – Memfokuskan Jenama, Perniagaan Dan Organisasi

Diterbitkan pada Feb 15, 2015 oleh .

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang sedia popular di beberapa buah negara sekitar Asia, termasuk di Malaysia. Kali terakhir kami menjumpai wakil LINE Malaysia, pengguna berdaftar dengan LINE adalah sekitar 10 juta pengguna dari Malaysia sahaja, dan semestinya angka tersebut telah bertambah pada hari ini. Kini, selain daripada hanya akaun memfokuskan kepada pengguna umum, LINE turut melancarkan [email protected] yang mana memfokuskan kepada jenama, organisasi dan perniagaan.

LINE at

Secara kasar, jikalau dibandingkan dengan Facebook, [email protected] ini boleh dikatakan sebagai Facebook Pages, berbanding akaun biasa yang lebih memfokuskan kepada profil peribadi. Pendaftaran untuk akaun [email protected] ini adalah percuma, yang mana ia boleh dilakukan menggunakan aplikasi khusus pada iOS dan juga Android. Pengguna boleh mendaftarkan akaun [email protected], dan kemudian turut menambah beberapa pentadbir lain untuk menguruskannya. Akaun [email protected] ini juga turut membolehkan anda bersembang satu-sama-satu dengan pelanggan atau mereka yang mengikuti akaun anda, sekaligus membolehkan anda memberikan khidmat pelanggan dan sebagainya menggunakan akaun tersebut.

Namun, salah satu kekangan untuk akaun [email protected] ini adalah dimana pengguna akan diberikan ID secara rawak, dan perlu membayar $12 (~RM40) untuk mendapatkan ID yang diingini mereka. Disamping itu, versi percuma hanya memberikan 1,000 mesej untuk di broadcast setiap bulan. Pengguna perlu membayar untuk menghantar lebih banyak mesej menggunakannya.

[email protected] turut hadir dengan sokongan bahasa Malaysia, dan bagi anda yang berminat boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini.

Muat-Turun [email protected] untuk Android

Muat-Turun [email protected] untuk iOS

Jika anda menggunakan LINE, boleh ikuti akaun [email protected] kami dengan membuat carian untuk ID @Amanz pada aplikasi LINE anda, dan ikuti kemaskini Amanz melaluinya.


TIPS & ULASAN