Carian
Pemain Candy Crush Saga Membelanjakan Lebih RM4.66 Bilion Untuk Pembelian Dalam-Aplikasi Pada Tahun 2014
February 15, 2015 Aman

Candy Crush Saga merupakan salah satu permainan popular pada peranti mudah-alih, yang mana masih mempunyai peminatnya dan pemainnya yang tersendiri sehingga pada hari ini. Melalui data terkini yang dikeluarkan, ia dilihat penerbitnya menjana lebih daripada RM4.6 bilion melalui permainan tersebut sepanjang tahun lepas.

Bagi anda yang tidak mengenali akan permainan Candy Crush Saga, ia membawakan permainan berbentuk puzzle memerlukan pengguna menyusun mengikut warna sama, dan dilengkapi pelbagai tahap berbeza padanya. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform, termasuk Android, iOS dan juga Windows Phone.

Daripada laporan kewangan yang dikeluarkan King, penerbit Candy Crush Saga, wang yang dibelanjakan pemain pada permainan berkenaan semakin berkurangan setiap suku tahun, dan untuk mengatasinya, pihak King telah pun menawarkan beberapa permainan alternatif.

Disamping itu, antara statistik menarik lain yang turut dikongsikan adalah termasuk hanya 2.3% pemain Candy Crush Saga sahaja yang membelanjakan wang pada permainan berkenaan – secara purata $23.42 (~RM83.96) sebulan. Pendapatan daripada Candy Crush Saga ini hanya berjumlah sekitar 45% daripada pendapatan King sahaja pada tahun lepas, berbanding dengan 78% pada tahun 2013.

Dengan angka yang tinggi ini, tidak mustahil untuk kita melihat pelbagai syarikat menyertai arena permainan mudah-alih, disamping melengkapkan ia dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi.

Komen