Asus Ingin Menjenamakan Keluarga Tablet Kepada ZenPad?

Asus Ingin Menjenamakan Keluarga Tablet Kepada ZenPad?

Diterbitkan pada Feb 16, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna tempatan, anda mungkin mengenali akan tablet daripada Asus yang turut dilengkapi dengan sokongan panggilan suara, dinamakan FonePad. Kini, melalui perkongsian kepada para pelabur, Asus dilihat memberikan idea untuk menjenamakan semula penawaran tablet mereka menggunakan nama ZenPad.

Seperti umum sedia maklum, Asus sedia menggunakan jenama “Zen” dalam beberapa produk mereka, termasuk “ZenWatch” yang mana merupakan jam tangan pintar mereka, dan juga “ZenFone” untuk penawaran telefon pintar. Antaramuka Android mereka tersendiri turut dikenali dengan nama ZenUI.

Asus ZenPad

Kini, mungkin Asus ingin seragamkan nama yang digunakan pada tablet mereka juga, dengan penggunaan jenama ZenPad. Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Asus ingin melakukannya. Tetapi daripada apa yang diperlihatkan kepada pelabur, kita mungkin akan dapat melihat penjenamaan semula (atau mungkin pengenalan produk baru dibawah jenama tersebut) dalam masa terdekat ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan penggunaan jenama ZenPad ini? Adakah ini akan menjadikan pengguna lebih mudah untuk mengenali produk Asus?


TIPS & ULASAN