Lazada Mengambil Pra-Tempahan Untuk ZTE Blade S6 Pada Harga RM939

Lazada Mengambil Pra-Tempahan Untuk ZTE Blade S6 Pada Harga RM939

Diterbitkan pada Feb 16, 2015 oleh .

Peranti ZTE yang dilancarkan pada akhir bulan lalu sepatutnya hadir ke Malaysia pada 10 Februari yang lepas. Namun tarikh tersebut berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengumuman. Mungkin kelewatan tersebut disebabkan beberapa faktor seperti stok dan pada hari ini, halaman Lazada telah memaparkan peranti tersebut yang sedia untuk ditempah.

Peranti ZTE Blade S6 merupakan telefon pintar dengan rekaan seumpama iPhone 6, dan mempunyai spesifikasi kelas pertengahan seperti cip pemprosesan Snapdragon 615 lapan teras, 2GB RAM DDR3, GPU Adreno 405, Android 5.0 Lollipop, paparan antaramuka MiFavor 3.0, skrin 5 inci, kapasiti bateri sebesar 2400mAh, menyokong dwi-SIM, dan sensor kamera utama sebesar 13MP dari Sony.

Lazada Blade S6

Baca: Pandang Pertama – ZTE Blade S6

Seperti peranti-peranti popular sebelum ini, Lazada dilihat antara yang terawal menawarkannya dan melaluinya peranti Blade S6 dijual pada harga RM939, dan dijangka akan diterima pada 23 Februari. Sekiranya anda menggunakan kod baucer ‘ZTE40’ semasa pembayarannya, anda akan menerima diskaun RM40 sekaligus menjadikan harga peranti ini RM899.

ZTE Blade S6

Sehingga kini tiada sebarang info berkenaan tarikh rasmi penjualan peranti ini dari pihak ZTE dan sekiranya anda ingin menjadi antara yang terawal memiliki peranti ini, anda boleh membeli ZTE Blade S6 di Lazada.


TIPS & ULASAN