Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sedia mengenali akan Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan nama domain dengan akhiran yang pendek. Kini, hari ini, mereka turut melancarkan satu lagi akhiran baru, iaitu .ML secara rasmi di Malaysia.

DotML

Domain .ML ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna, dan tiada sebarang caj yang dikenakan. Menurut pihak Dot ML, semua domain dengan lebih daripada empat aksara ditawarkan secara percuma. Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain menggunakan akhiran .ML, dan menggunakannya bersama-sama hosting sedia ada, atau turut membuat redirect ke laman sedia ada.

Seperti umum sedia maklum, salah satu masalah utama ketika pengenalan .TK beberapa tahun yang lepas adalah masalah berkaitan laman-laman berbentuk scam. Bercakap mengenainya termasuk berkaitan phishing dan masalah sekuriti, pihak Dot ML mengatakan mereka menyediakan API khusus yang membolehkan sesiapa sahaja membuat laporan berkaitan, dan laman berkenaan akan dipadamkan atau dihalang akses serta-merta.

Bagi anda yang inginkan domain yang singkat untuk digunakan sebagai projek peribadi, ataupun tidak ingin membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan domain sendiri, mungkin boleh menyemak laman Dot.ML hari ini, dan mendaftarkan domain percuma anda tersendiri.

  • Info
  • Layari dan Daftar : Dot ML
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd