LG Watch Urbane – Jam Tangan Pintar Bergaya Dengan Rekaan Logam Bakal Dilancarkan Pada MWC

LG Watch Urbane – Jam Tangan Pintar Bergaya Dengan Rekaan Logam Bakal Dilancarkan Pada MWC

Diterbitkan pada Feb 16, 2015 oleh .

LG telah pun memperkenalkan jam tangan pintar mereka dengan rekaan skrin bulat pada tahun lepas, dan kini mereka terus memperluaskan penawaran jam tangan pintar berasaskan Android Wear melalui LG Watch Urbane.

LG Watch Urbane

Seperti pada namanya, ia membawakan rekaan bergaya – sesuai untuk mereka yang inginkan gaya dan penawaran teknologi untuk jam tangan mereka. LG Watch Urbane ini akan dilancarkan pada Mobile World Congress yang dijadualkan pada awal Mac ini, tetapi bilakah ia akan dijual dan dipasarkan masih tidak diketahui lagi.

Dari segi spesifikasi, LG Watch Urbane membawakan skrin bulat 1.3-inci P-OLED, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori 512MB LPDDR2, storan 4GB, bateri berkapasiti 410mAh, sokongan kalis air dan debu, serta dilengkapi dengan Android Wear.

Jam tangan pintar ini hadir dengan sensor untuk denyutan jantung, selain beberapa sensor asas seperti Barometer, kompas dan sebagainya. Ia akan ditawarkan dalam dua warna, iaitu perak dan emas. LG mengatakan jam tangan pintar ini boleh digunakan dengan peranti Android menjalankan Android 4.3 dan terkini.


TIPS & ULASAN