Penggunaan e-ink pada peranti bukanlah perkara baru. Pembaca buku e-ink dan telefon pintar Yota Phone adalah dua peranti yang menggunakan e-ink bagi menjimatkan penggunaan bateri. Tetapi kini e-ink juga digunakan bukan sekadar dijadikan skrin tambahan tetapi sebagai cara mewujudkan kustomasi pada aksesori yang dipakai. Tago Arc ialah gelang pintar dengan skrin terbina. Corak yang dipaparkan pada gelang pintar ini bolah ditukar mengikut kehendak pengguna dengan menggunakan aplikasinya tersendiri. Tago Arc ditambat kepada peranti pintar dan dengan hanya menekan beberapa butang corak paparan berubah secara automatik. Anda juga boleh meletakkan rekaan gelang anda sendiri menerusi aplikasi yang disertakan. Bagi menggunakan Tago Arc anda memerlukan peranti dengan sokongan NFC penuh. Oleh tu buat masa ini Tago Arc hanya boleh digunakan dengan peranti Android. Harga jualan seutas gelang ini ialah $259. Sebuah lagi penggunaan teknologi e-ink yang inovatif untuk industri fesyen. Ia mengingatkan kami kepada jam pintar Fes yang turut menggunakan sistem yang sama bagi menghasilkan tali jam dengan rekaan boleh ubah.