Samsung dijangka bakal memperkenalkan telefon pintar Galaxy S6 pada acara MWC 2015 yang dijadualkan bermula 1 Mac kelak. Kini, lebih kurang dua minggu sebelumnya, Samsung telah pun mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka, Exynos 7 Octa.
Samsung mengatakan cip pemprosesan 14nm FinFET mereka yang akan memulakan pengeluaran ini adlah yang paling baik dalam industri hari ini, membolehkan ia menawarkan kadar efisyen dan prestasi pemprosesan yang tinggi. Jikalau dibandingkan dengan cip 20nm daripada Samsung sebelum ini, cip baru ini menawarkan kelajuan lebih 20% dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 35%.
Samsung tidak mengatakan sebarang perkara berkaitan peranti mana yang akan menggunakannya terlebih dahulu. Namun, tidak mustahil untuk kita melihat Samsung mula menggunakan cip pemprosesan ini pada telefon pintar terbaru yang bakal diumumkan pada MWC 2015 kelak.