Xiaomi telah memulakan versi ujian pembangunan untuk MIUI6 pada telefon pintar Mi3 sejak daripada tahun lepas. Kini, ia turut sama telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna tempatan.
Xiaomi Mi3 merupakan telefon pintar pertama daripada Xiaomi yang dijual di pasaran tempatan. Melalui kemaskini MIUI6 ini, ia membawakan sejumlah perubahan, terutamanya dari segi antaramuka untuk perisian berkenaan. Beberapa perubahan turut hadir dari segi paparan multi-tasking, dan beberapa penggunaan lain dalam peranti.
Bagi anda yang menggunakan peranti Xiaomi Mi3, boleh memulakan proses kemaskini hari ini, dan menikmati pelbagai perkara baru yang dibawakan bersama-sama MIUI6 ini hari ini.