Cari @ Amanz

IPRO merupakan salah satu jenama peranti yang dijual di Malaysia, dimana selama ini mereka lebih memfokuskan kepada peranti berasaskan platform Android. Kini, ia berubah apabila mereka turut hadir dengan sebuah peranti baru dijana menggunakan sistem operasi Windows, dinamakan sebagai IPRO Livepad 8.9.

IPRO Livepad 8.9

LivePad 8.9 menggunakan skrin 8.9-inci dengan resolusi 1920×1200 pixel, dijana menggunakan cip Intel BayTrail, memori sebanyak 2GB DDR3L, dan ruangan storan sebesar 16GB.

Tablet ini turut dilengkapi kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Pengguna boleh mengakses rangkaian internet menggunakan sokongan WiFi pada peranti ini, yang turut dilengkapi bateri berkapasiti 8000mAh.

IPRO Livepad 8.9 ini dijual di Malaysia pada harga RM699. Bersempena dengan pengenalan tablet baru ini, lebih kurang 500 pembeli pertama akan menerima sebuah papan kekunci percuma berharga RM199 dengan pembelian tablet ini, sekaligus memudahkan lagi anda membuat pelbagai tugasan menggunakan tablet berasaskan Windows 8.1 Bing ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd