Cari @ Amanz

Ztylus-2

iPhone 6 ialah peranti yang masih menjadi idaman ramai dan sudah terjual lebih dari 74.4 juta unit setakat ini. Bagi memastikan peranti mahal ini lebih tahan lasak, ramai pengguna akan membeli cangkerang. Hari ini mari kita lihat cangkerang Ztylus yang bukan sahaja kelihatan ranggi tetapi memberi pengguna pilihan menggunakan empat lensa tambahan yang terbina. Ia merubah rupa peranti pintar ini menjadi seperti sebuah kamera. Empat lensa makro, fish eye, sudut lebar dan polariser disimpan di dalam bekas yang berbentuk seperti lensa kamera SLR. Hanya putar dan pilih lensa mana yang ingin anda gunakan. Bekas ini juga boleh ditanggalkan apabila tidak digunakan bagi memudahkan peranti disimpan di dalam poket. Turut disertakan ialah palam tetongkat bagi memudahkan anda menonton video pada peranti di atas meja. Sebuah lagi cangkerang yang menarik eksklusif untuk iPhone 6 dan 6 Plus. Harga jualan bermula dari $99.95 bagi setiap set lengkap.

Ztylus

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd