Cari @ Amanz

Selain daripada pengenalan MIUI6 kepada pengguna Mi3 di Malaysia, Xiaomi Malaysia turut sama telah mula memperkenalkan kemaskini MIUI6 untuk para pengguna phablet mereka, Redmi Note 4G.

Redmi Note 4G

Redmi Note 4G merupakan salah satu telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Melalui kemaskini MIUI6 ini, ia membawakan kemaskini dari segi antaramuka dan menyertakan beberapa fungsi baru termasuk paparan multi-tasking yang baru.

Bagi para pengguna Redmi Note 4G, anda boleh mengemaskini peranti anda dengan ke aplikasi Updater, dan memuat-turun fail bersaiz lebih kurang 500MB untuk peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd