Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat telah mula menyertai perlumbaan untuk hadir dengan kenderaan yang dipandu automatik, termasuk antara yang disebut baru-baru ini adalah Samsung dan juga Apple. Kini, dilihat pengeluar popular dari Jepun, Sony turut tidak ingin ketinggalan dan dilaporkan telah melabur pada syarikat ZMP.

ZMP merupakan salah satu syarikat Jepun yang memfokuskan kepada kenderaan robotik, dan Sony dikatakan melabur sebanyak 100 juta Yen untuk pegangan sebanyak 2% pada syarikat berkenaan. Memandangkan ini hanya pelaburan kecil sahaja, maka mungkin kita tidak akan dapat lihat sebarang kenderaan berjenama Sony dalam masa terdekat.

Dari segi penggunaan teknologi Sony, ia dijangka akan memberikan kesan positif ke arena kamera automotif. Sony menyasarkan permintaan untuk kamera automotif ini yang digunakan sebagai sensor akan meningkat menjelang tahun 2017 kelak, dan mungkin pelaburan ini akan memudahkan Sony untuk menguji teknologi mereka sebelum memasarkannya kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd