Carian
AirAsia Menjual 25% Pegangan Pada AAE Travel Kepada Expedia
February 17, 2015 Aman

ExpediaExpedia merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan penerbangan dan merancang pelancongan atau percutian ke luar negara dengan mudah. Untuk rantau Asia Tenggara, AirAsia dan Expedia pernah bekerjasama dan hadir dengan AAE pada tahun 2011 yang lepas.

AAE Travel memantau Expedia Asia Tenggara yang beroperasi di sejumlah negara, termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, Jepun, Hong Kong, India, Indonesia, Thailand dan beberapa yang lain. Ketika ia dimulakan, AirAsia mempunyai pegangan sebanyak 50%, sementara Expedia pula memegang sejumlah baki 50% pegangan pada syarikat berkenaan.

Kini, hari ini AirAsia mengumumkan yang mana mereka akan mengurangkan pegangan pada AAE kepada 25% dan menjual baki pegangan kepada Expedia pada harga RM306 juta. Dengan perubahan ini, AirAsia kini mempunyai pegangan sebanyak 25%, sementara Expedia pula mempunyai pegangan sebanyak 75%.

Komen