Cari @ Amanz

Arena realiti-maya (virtual-reality) telah pun menerima fokus daripada beberapa pengeluar, terutamanya Oculus Rift dan juga Google sendiri melalui Google Cardboard. Dengan perkembangannya, pihak Apple turut tidak ingin ketinggalan, dan dilihat telah memfailkan paten untuk headset khusus yang digunakan bersama-sama iPhone.

Apple VR Headset

Melalui paten yang diterima Apple ini, headset tersebut berfungsi seumpama Google Cardboard atau Samsung Gear VR. Ia hadir berasingan, dan memerlukan pengguna untuk memasukkan iPhone mereka untuk menikmati kandungan realiti-maya. Namun, produk berkenaan dilihat menyertakan beberapa perkara tambahan, termasuk storan dan juga bateri tambahan, selain sistem penyejukan terbina.

Buat masa ini, dalam arena realiti-maya ini, boleh dikatakan platform Google Cardboard sedang mendahului, terutamanya dari segi penawaran kandungan dan juga sokongan daripada pengeluar – termasuk daripada LG dan juga Mattel.

Untuk makluman, ini sekadar memfailkan dan menerima paten sahaja, dan tidak semestinya produk seumpamanya dikeluarkan dan dipasarkan oleh gergasi perkomputeran daripada Amerika Syarikat tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd