LucidPipe : Menjana Elektrik Dari Aliran Paip Air

LucidPipe : Menjana Elektrik Dari Aliran Paip Air

Diterbitkan pada Feb 18, 2015 oleh .

portlandlucidpipe-3

Pencarian sumber tenaga alternatif semakin giat dijalankan di seluruh dunia. Di Belanda kini wujud Solaroad iaitu laluan basikal yang mempunyai panel solar terbina. Tenaga yang dijana kemudian membekalkan tenaga elektrik kepada komuniti berhampiran. Pengguna sumber tenaga yang boleh diperbaharui dapat mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga fosil yang bukan sahaja semakin terhad malahan semakin berkurangan. LucidPipe ialah sistem janakuasa elektrik yang menjana tenaga menggunakan aliran paip air. Tiga turbin janakuasa sebesar 42″ dipasang terus pada paip yang membekalkan air kepada rumah. Aliran air paip dari tangki simpanan ke rumah kini boleh digunakan untuk menjana elektrik yang bersih. Setiap janakuasa LucidPipe mampu membekalkan elektrik bersih untuk 150 rumah sepanjang tahun. Buat masa ini sistem ini sedang menjalani percubaan di Portland Amerika Syarikat. Kami pernah lihat idea menggunakan paip air sebagai sistem janakuasa di beberapa pameran projek tahun akhir universiti tempatan 10 tahun yang lalu. Tidak tahu mengapa idea yang boleh dikatakan bernas ini tidak dibangunkan secara serius.

portlandlucidpipe


TIPS & ULASAN